Sunday, March 4, 2012

Ahmad Idham Lahir Perasaan Kurang Senang Akan Kenyataan Khairy Jamaluddin Di Twitter


Well, orang orang tua selalu pesan kalau terlajak kata boleh di’undur, terlajak tweet memang menjadi perhatian wartawan jawab’nya.

Selesai tayangan perdana filem Bunohan minggu lalu, ahli politik bergelar Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin memberikan pandangan ikhlas beliau melalui Twitter.

Ayat kurang 140 karakter itu turut menyebut yang Bunohan pasti’nya bukan filem yang jatuh dalam genre sama seperti filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham.

Dalam pertemuan kami bersama Ahmad Idham baru baru ini, beliau menyuarakan perasaan kurang senang akan kenyataan yang lahir dari ahli politik yang beliau pandang tinggi itu.

“Saya sebenarnya tergamam apabila dia (Khairy Jamaluddin) membandingkan filem arahan saya itu dengan Bunohan — seolah olah memperlekehkan Hantu Bonceng dan tenaga kerja juga mereka yang meminati filem ini,” ujar Ahmad Idham yang kini sibuk dengan persiapan teater Gerimis Mengundang.

“Kalau kenyataan itu keluar dari orang kebanyakkan, saya tiada masalah tetapi ini keluar dari seorang pemimpin — adakah penilaian saya selama ini terhadap beliau salah — dan kenyataan sebegini boleh melagakan saya dengan produksi filem Bunohan,” tambah beliau lagi.

Ahmad Idham berkata lagi yang beliau harus ke’hadapan dalam isu ini untuk memberikan fakta sebenar kepada Khairy Jamaluddin yang tidak semua rakyat Malaysia mempunyai selera sama seperti beliau.

Dan, kami sebenarnya kagum dengan penglibatan Khairy Jamaluddin dalam memerhati suasana filem tempatan dan tidak ketinggalan untuk menonton filem Hantu Bonceng sebagai satu sokongan. Heh.

There are no posts related to Ahmad Idham Lahir Perasaan Kurang Senang Akan Kenyataan Khairy Jamaluddin Di Twitter.



sumber:rotikaya
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

0 comments: