Facebook Aaron Aziz Cecah 1 Juta Peminat, Bakal Jadi Dr. Love Dalam Radio Era Kelak

Fuh, 1 juta. Kalau tahun lepas Facebook Lisa Surihani berjaya mencapai angka keramat ini, kali ini Facebook Aaron Aziz telah join the millionaire list. Setakat entri ini ditulis, sudah 1,101,740 LIKE yang diterima. Mantap kan?

aaron aziz


Dan ada berita baik untuk mereka yang menggilai Aaron Aziz, menurut Kosmo, Aaron Aziz bakal mengendalikan segmen Dr. Love di radio Era tidak lama lagi. Kata Aaron:-

Saya ditugaskan mengendalikan slot bersama peminat itu setiap hari minggu dari pukul 9 hingga 10 malam. Melalui slot itu peminat boleh telefon dan berkongsi mengenai masalah hubungan cinta mereka kepada saya. Saya akan cuba menjawab apa yang ditanya mereka sebaik mungkin.

Abang Nara dapat bayangkan antara masalah yang bakal dikongsi oleh pendengar segmen Aaron Aziz kelak. Kemungkinan besar contoh perbualan seperti di bawah:-

Pemanggil: Abang Aaron Aziz, saya ada masalah la.
Aaron Aziz: Iye sila luahkan masalah anda. Dr. Love sedia membantu.
Pemanggil: Masalahnya saya dari dulu lagi dah jatuh cinta dengna Abang Aaron la. Camner nie bang?
Aaron Aziz: Oh itu bukan masalah. Itu namanya mencari masalah dengan bini saya.

Apa pun sejak menjadi artis naungan Astro ini, semakin banyak rezeki yang diterima oleh Aaron Aziz. Abang Nara sebenarnya tak sabar nak tunggu lakonan Aaron dalam KL Gangster 2. Nak tengok kesinambungan apa yang terjadi kepada Abang Long kita seorang ini.



sumber:beautifulnara
_____________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments