Fasha Sandha Kahwin 29 April 2012, Bali Jadi Pilihan

Akhirnya selepas begitu lama berteka-teki, semalam Berita Harian telah melaporkan yang Fasha Sandha bakal berkahwin dengan Jejai pada 29 April 2012 ini. Majlis perkahwinan akan dijalankan secara gilang gemilang di Bali, Indonesia. Mungkin pasangan ini mahukan majlis yang lain daripada yang lain.

fasha kahwin

Menurut Berita Harian, segala persiapan sudah pun selesai dilakukan. Manakala jemputan untuk majlis perkahwinan mereka ke Bali hanya sekitar 100 orang termasuk ahli keluarga dan media. Memang benar-benar ekslusif.

Walau sebelum ini ramai meneka mereka akan melangsungkan pernikahan di Jakarta, Indonesia, ia tidak benar. Sebaliknya pulau peranginan eksotik iaitu Bali menjadi pilihan kerana mood romantis yang wujud di pusat peranginan terkenal itu. Mengikut perancangan, busana pengantin mendapat sentuhan pereka tempatan popular, Rizman Ruzaini, manakala kepercayaan untuk menyolek wajah bakal pengantin pula diberikan kepada jurusolek kegemaran ramai artis ternama, Tiar Zainal.

Apa pun tahniah kepada Fasha akhirnya bakal bergelar isteri juga. Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar. Rasanya gambar pre wedding Fasha dan Jejai pun sudah selesai ditangkap. Harap-harap sudilah berkongsi dengan peminat.



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments