(12 GAMBAR)Gandingan Pertama Dalam Filem Bagi Zizan Dan Johan Untuk Uncle Usin

Tarikh 19 April 2012, merupakan satu tarikh cukup bermakna apabila filem Uncle Usin, terbitan Seven Sketch, menampilkan dua pelakon komedi utama, Zizan Razak dan Johan, buat pertama kali dalam sejarah filem tempatan yang akan ditayangkan di 70 panggung sekitar Malaysia dan Singapura.

Diarahkan oleh Husri Hj. Husain, filem Uncle Usin yang menelan belanja RM 1.2 juta dan 16 hari penggambaran ini, mengisahkan bagaimana Spy 13 ( Zizan Razak ) seorang penyiasat yang ditugaskan menyelesaikan masalah dihadapi oleh Datuk Haris ( Mat Over ) , atas permintaan anaknya Julia ( Shikin Kamal ). Siasatan itu menjadi lebih rumit apabila Spy 13 telah bertemu Spy 11 ( Johan Raja Lawak ) , seterunya ketika menuntut ilmu persilatan dahulu. Dalam masa yang sama juga, Spy 13 telah mengetahui dalang di sebalik perkara yang terjadi adalah angkara Manan ( Ebby Yus ).

Bagi Johan, filem Uncle Usin merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna buatnya. Kata Johan,

Inilah kali pertama kami bergandingan ( merujuk kepada Zizan Razak ) dalam sebuah filem, dan ianya satu pengalaman cukup menarik. Tambahan pula, kerjasama dengan pelakon lain, seperti Shikin Kamal, Mat Over, Ebby Yus, menjadikan filem Uncle Usin ini sebuah filem keluarga yang harus ditonton.

Photobucket

Photobucket

Zizan Razak, memegang watak Spy 13 pula berkata, Uncle Usin merupakan sebuah filem penyiasatan dengan unsur komedi yang pastinya mencuit hati:-

Tidak dapat dinafikan, filem komedi masih mendapat perhatian dan mampu menarik penonton ke panggung. Oleh kerana itu, Uncle Usin merupakan sebuah filem komedi yang pastinya mampu memenuhi selera penonton kini.

Buat pengarah juga penulis skrip untuk Uncle Usin, Husri Hj. Husain berkata, peluang mengarah filem ini merupakan satu pengalaman yang pastinya tidak dapat dilupakan. Kata Husri,

Bila kali pertama saya diberitahu untuk mengarah sebuah filem gandingan Zizan Razak dan Johan, saya seperti tidak percaya. Mungkin, ini peluang yang pengarah lain idamkan.

Bekerjasama dengan mereka ( Zizan Razak Dan Johan ) cukup menarik, kerana masing-masing memberikan idea kreatif yang mampu memberikan satu impak berlainan untuk filem ini.

Filem terbitan pertama Sketch Seven, Uncle Usin akan mula ditayangkan di 70 pawagam berhampiran bermula 19 April 2012. Membariskan pelakon-­pelakon hebat tanahair seperti Zizan Razak, Johan, Nabil, Tania Zara, Ebby Yus, Mat Over, Norazilah Yahaya, Yank Kassim dan ramai lagi, dan diarahkan oleh Husri Hj Husain. Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments