Adda Akui Sengaja Sorok Pernikahan Dengan Duda

Berikutan pengeluaran gambar-gambar majlis pernikahan Adda Butterfly di BeautifulNara, Adda hari ini membuat pengakuan menerusi portal Murai yang dia memang sengaja merahsiakan perkahwinannya yang telah berlangsung 30 Mac lalu. Untuk pengetahuan, suami Adda ialah seorang duda bernama Ridzuan Mohammad.

perkahwinan adda butterfly

Adda berkata yang dia merahsiakan perkahwinannya kerana permintaan pihak keluarga lelaki yang mahukan privasi. Kata Adda:-

Sebenarnya bukan saya tidak mahu perkara ini dihebohkan tetapi saya cuma menghormati keluarga belah pihak lelaki yang mahukan privasi. Namun kami bercadang untuk mengwar-warkannya selepas resepsi yang akan kami adakan untuk pihak perempuan kelak yang akan berlangsung pada penghujung Jun ini. Walau bagaimanapun apabila gambar perkahwinan kami telah tersebar oleh orang yang tidak bertangungjawab dan sudah ada pihak media yang bertanya saya terpaksalah menjawabnya. Apa-apa pun saya sudah bersedia dengan apa yang akan berlaku.

Hmmmm. Pernikahan kan sepatutnya diwar-warkan. Mungkin kalau taraf selebriti seperti Adda ini ada sebab khusus untuk merahsiakan perkahwinannya. Apa pun Abang Nara mohon maaf sekiranya perkongsian berita baik ini telah menggusarkan hati Adda dan suami. Untuk makluman, Adda bercinta dengan suaminya tidak sampai setahun sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

P.S: 10 foto yang mengemparkan dunia.

perkahwinan adda butterfly

Saya rasa ini semua kuasa Tuhan yang telah menentukan jodoh saya. Walaupun perkenalan singkat tetapi saya yakin dia jodoh saya selepas diperkenalkan oleh seorang kawan pada April tahun lalu. Malah sejak mengenalinya dia seorang yang jujur, ikhlas, mengambil berat serta bertanggungjawab terhadap diri saya. Saya juga berharap, dengan perkahwinan ini dapat menutup segala kisah cinta saya dengan Mamat Sepah.

Kepada Adda, selamat bergelar isteri dan selamat melayari kehidupan berumah tangga. Abang Nara doakan kebahagiaan anda dan suami.



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments