Selama ini kalau tak silap Abang Nara, memang tiada majalah yang
diterbitkan khusus untuk pemakai tudung di Malaysia. Namun kini dengan
kewujudan majalah Hijabista terbitan karangkraf, pastinya pemakai tudung
di Malaysia akan lebih teruja untuk mengikuti fesyen-fesyen tudung
terbaru. Sebagai permulaan, Diana Amir menjadi penghias muka depan untuk
majalah Hijabista edisi pertama ini.
Semoga dengan kehadiran majalah Hijabista ini, lebih ramai rakyat
Malaysia yang akan terbuka hati untuk bertudung. Apa pun janganlah
bertudung dengan terlampau mengikuti fesyen sehingga terlupa tujuan asal
kita bertudung. Tak gitu? Anda boleh Like Facebook Majalah Hijabista untuk maklumat lanjut.
0 Comments