Hazama Bakal Nyanyikan Lagu Cindai Untuk Konsert Mania Minggu Ini

Ini memang nampak seperti satu kerja yang mustahil. Semua orang tahu betapa hebatnya Hazama apabila menyanyikan lagu-lagu seperti Pokok. Namun untuk konsert Mania minggu ini, Hazama bakal mencabar dirinya dengan mendendangkan lagu Cindai nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza. Adakah ini satu cabaran yang bakal memakan diri Hazama?
hazama cindai
Selain Hazama, antara penyanyi yang menarik perhatian Abang Nara ialah Shila Amzah yang bakal menyanyikan lagu Merisik Khabar dendangan asal oleh Allahyarham Sudirman. Diharap Shila dapat memberikan persembahan yang mantap dan menyentuh perasaan dengan lagu yang sangat best ini. Di bawah ialah tugasan lagu setiap artis Mania minggu ini.
1.KRISTAL YANK WALI BAND
2.SHILA AMZAH MERISIK KHABAR SUDIRMAN
3.HAZAMA CINDAI DATO SITI NURHALIZA
4.STACY GOYANG INUL INUL
5.EBI BUKAN DIRIKU SAMSON
6. ADIRA DESTINASI CINTA DATO SITI NURHALIZA
7. ALYAH KHATIMAH CINTA SIXTH SENSE
8. JACLYN GRENADE BRUNO MARS
9. HAFIZ KARMA FAIZAL TAHIR
10.AKIM SEDETIK LEBIH ANUAR ZAIN
11. ESTRANGED ITU KAMU ESTRANGED
12. ATILIA LAYAR IMPIAN ELLA
13. ARIL KEMBALI SENYUM IZWAN PILUS
Pastinya lagu nyanyian Aril minggu ini bakal mengimbau kenangan dirinya bersama abangnya iaitu Allahyarham Izwan Pilus. Semoga Aril dapat memberikan persembahan yang terbaik. Jangan lupa saksikan Konsert Mania minggu ini di Astro Ria bermula jam 9 malam pada hari Sabtu ini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Mania atau pun follow Twitter Mania Astro.

sumber:beautifulnara ______________________________________________________

Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments