Monday, April 23, 2012

Shila Amzah Terima Teguran Zubir Dengan Hati Terbuka

Filled under: ,

Bukan senang untuk kita yang bergelar manusia ini menerima teguran daripada seseorang. Lebih-lebih lagi kalau teguran itu agak pedas bunyinya. Namun Abang Nara respek dengan Shila Amzah yang menerima kata-kata nasihat daripada Zubir Berita Harian dengan hati terbuka.

shila amzah

Untuk makluman, Zubir menegur kelakuan Shila Amzah dan kekasihnya iaitu Sharnaaz yang berkelakuan terlebih mesra di depan khalayak ramai. Antara kata-kata Zubir ialah:-

Orang lain pun bercinta juga, tapi cool saja. Lebih menjengkelkan, Sharnaaz dan Shila menunjukkan kemesraan itu di depan ibu Shila, walhal kedua-duanya bukan ada ikatan sah sebagai suami isteri, sebaliknya hanya berstatus kekasih sahaja. Zubir perhatikan, ibu Shila seolah-olah merestui anak daranya itu beraksi mesra dengan Sharnaaz. Apalah salahnya sebagai ibu, tegur sikit Shila tu supaya menjaga kelakuan di tempat awam, jangan biarkan orang menyampah dengan gelagat mesra bersama Sharnaaz yang over sangat tue

Kalau anda ingin membaca tulis penuh Zubir, sila cari balik BiPop hari Ahad yang lepas. Memang teguran tersebut agak pedas tetapi ada kebenarannya. Apabila ditanya mengenai teguran ini oleh wartawan Media Hiburan, Shila Amzah menjawab:-

Berkenaan dengan isu tersebut, saya terima dengan hati terbuka setiap komen yang diberikan oleh peminat, sama ada ia positif atau sebaliknya. Siapa yang mengambil tahu tindak-tanduk kami secara tidak langsung ia menunjukkan masih ada yang sayang dengan saya dan Sharnaaz. Kalau ada jodoh, insyaAllah hubungan ini akan diteruskan kepada fasa yang lebih serius

Baguslah begitu. Mungkin selepas ini boleh cuba kurangkan aksi terlebih mesra di depan khalayak ramai. Shila dan Sharnaaz pun banyak peminat. Tak salah tunjukkan contoh yang baik. Tak gitu?



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

0 comments: