Monday, May 7, 2012

Diana Danielle Nafi Lari Dari Rumah, Hubungan Dengan Farid Kamil Direstui Ibu

Lama sudah tidak mendengar khabar Diana Danielle. Semenjak dua menjak ini, agak kurang publisiti yang diterima olehnya. Namun semalam, Diana Danielle tampil dalam BiPop untuk menepis tuduhan yang menyatakan dia lari dari rumah kerana bergaduh dengan ibunya.

dd

Diana Danielle menyatakan rasa kekesalannya atas tulisan tersebut dan baginya cerita tersebut adalah sangat mengarut serta fitnah semata-mata. Kata Diana Danielle:-

Terus-terang, saya tak tahu dari mana cerita macam ini boleh timbul. Sumber mana yang bercerita kepada Kak Pora tempoh hari, saya tak tahu, tapi ia 100 peratus fitnah melampau daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Kononnya ada seorang rakan artis yang rapat dengan saya berbisik pada Kak Pora mengenai cerita ini. Itu satu lagi perkara mengarut!

dd

Malah Diana Danielle menekankan yang dia sentiasa bersama dengan ibunya.

Sepanjang tempoh seminggu, kononnya sumber itu mendakwa saya lari adri rumah, hubungan saya dengan mama sangat baik, tak ada sebab saya nak keluar dari rumah. Hari-hari saya bersama mama. Ingin saya tekankan di sini, bukan dalam tempoh seminggu itu saja, sepanjang tahun ini, hubungan saya dengan mama tidak berdepan dengan sebarang masalah pun

dd
Kepada Diana Danielle, diharap anda bersabar. Biasalah itu dugaan seorang artis. Ada sahaja mata yang tidak senang memandang kita. Tak perlu ambil endah tentang apa yang diperkatakan. Lagipun hubungan Diana Danielle dengan Farid Kamil pun direstui oleh si ibu. Dan menurut Diana Danielle, dia dan Farid sedang dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Memang saya dan Farid ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga, malah mama sendiri turut membantu mencari bapa kandung untuk mewalikan perkahwinan saya nanti. Jadi, mana mungkin timbul dakwaan saya bersengketa dengan mama gara-gara dia tidak merestui hubungan saya dengan Farid. Sebab itu saya cakap, dakwaan Kak Pora yang menyatakan mungkin saya bergaduh dengan mama, perkara itu sama sekali fitnah. Bagi mama, selagi saya gembira di sisi Farid, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan kami.

Apa pun layankan beberapa keping lagi gambar Diana Danielle dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhya kepada Facebook We Love Diana Danielle.

dd
dd

dd

dd

dd

dd

dd

dd

dd

dd



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

0 comments: