Pertelingkahan Itu Ada Hikmahnya – Almy Nadia

Benarlah kata orang, setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Pertelingkahan antara Almy Nadia dan Fizz Fairuz di media massa nampaknya membawa kepada perkara yang baik apabila mereka berdua kini lebih banyak berkomunikasi. Kedua-duanya sekarang lebih banyak meluahkan apa yang terpendam di dalam hati masing-masing.

almy baru

Almy Nadia turut mengambil langkah untuk tidak lagi mendedahkan status sebenar hubungan mereka berdua. Bercinta atau tidak, biarlah hanya Almy dan Fizz sahaja yang tau. Kata Almy Nadiah kepada wartawan Mstar:-

Rasanya biarlah antara kami dan Allah sahaja yang tahu dan tidak perlu lagi kecoh-kecoh dan sejujurnya saya lebih senang dengan keadaan begini. Hubungan kami pun masih baik dan sering bertemu untuk berbincang malah kami ada melakukan aktiviti sukan bersama selain Fizz ada datang ke hospital untuk melawat semasa saya menjalani pembedahan apendiks tempoh hari. Kejadian itu ada hikmahnya apabila kami lebih banyak berkomunikasi untuk menyatakan apa yang terpendam supaya tidak lagi timbul salah faham

Lega hati Abang Nara mendengarnya. Orang kata, kalau time bercinta nie, bergaduh dan berbaik semula akan mengeratkan lagi hubungan. Semoga hubungan Almy dan Fizz semakin kukuh selepas siri pertelingkahan sebelum ini. Dan kepada Fizz, kumpullah duit cepat-cepat dan masuk meminang Almy. Jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang.



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments