Raja Azmi Failkan Penceraian, Tak Tahan Dengar Tohmahan Suami Dayus

Tohmahan masyarakat menyatakan suaminya, Jalani Sidek sebagai suami dayus, Raja Azmi memberitahu Harian Metro yang dia memilih jalan penceraian kerana sudah tidak tahan mendengar semua penghinaan itu lagi. Penceraian mereka berdua akan difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.

raja azmi cerai

Penceraian ini dilakukan secara baik dan telah mendapat persetujuan bersama. Kata Raja Azmi:-

Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu. Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami.

Raja Azmi sebelum ini telah didapati tidak bersalah di dalam kes khalwat bersama Roslin Hashim. Manakala suratkhabar BiPop suatu ketika dahulu pernah mengeluarkan gambar mesra Roslin Hashim bersama seorang ahli perniagaan. Diharap dengan langkah penceraian ini, kedua-dua pihak dapat membersihkan nama baik mereka semula.



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments