AYAM PERCIK KELANTAN


Makanan tradisi kelantan dan dipercayai berasal dari Sumatera, Indonesia.


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (potong 4)

1 ½ cawan santan pekat

2 biji bawang putih

2 biji bawang besar

2 cm halia

2 batang serai

1 camca kecil ketumbar

½ camca kecil jintan putih

½ cawan tepung beras

¼ cawan air asam jawa cili kering (sekiranya mahu kuah kemerahan)

gula dan garam

Cara Memasak:
1. Kisar bawang, halia, serai, ketumbar, cili kering dan jintan. Perap bersama ayam selama ½ jam.
2. Campur tepung beras, santan, air asam jawa, gula dan garam. Gaul sebati bersama ayam tadi.
3. Tuang dalam kuali dan reneh sehingga suku masak.
4. Angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan ke dalam loyang pembakar.
5. Bakar dalam oven dengan suhu 200 darjah dalam masa 20 minit sehingga agak keperangan.
6. Hidang ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi.
7. Hias mengikut kreativiti anda.

Post a Comment

0 Comments