KETAM GORENG BEREMPAH



Dipercayai ketam goreng berempah sejenis masakan terkenal dari India Utara dan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang India sekitar abad ke-19. Pada zaman sekarang, makanan ini telah dikomersilkan sebagai salah satu hidangan wajib bagi nasi kandar.

Bahan-Bahan:
4 ekor ketam (dibersih & dikerat dua)
10 gram rempah kari ikan
10 gram rempah kari daging
5 gram serbuk kunyit
5 gram serbuk cili
10 ml air asam jawa
garam dan lada hitam(secukup rasa)

Cara Masakan:
Campurkan kesemua bahan dan gaulkan bersama ketam sehingga sebati. Perap selama sejam dan selepas itu bolehlah digoreng.

Post a Comment

0 Comments