Bukan mudah menemui kuih tradisional asli. Mungkin kerana harga bahan mentah yang semakin melambung serta tidak ramai mahu membuatnya, banyak kuih tradisi jarang dijual. Kalau ada dijual pun, kebanyakannya hilang rasa asli. Justeru, sekiranya si pembeli tidak berkira, harga bukan jadi soal, asal saja keenakan makanan dikekalkan.
Ingin menjamu kuih keladi yang lazat, singgah di Penang Street Café. Keenakan kuih keladi cukup terasa apabila ianya ditaburi serdak udang, bawang goreng dan hirisan cili. Walaupun berharga RM6, ianya berbaloi kerana saiz kuih besar dan boleh dinikmati untuk dua orang. Selain kuih keladi, anda juga boleh memilih pembuka selera lain seperti pai tee.
Kuih Keladi |
Selepas menikmati pembuka selera, GUA memesan char koay teow yang ada di sini. Hidangan ini berharga RM12.90, agak mahal, namun cukup mengenyangkan. Citarasa Pulau Pinang dapat dinikmati di sini apabila kafe ini menyediakan mee udang asli berharga RM9.90.
Char Koay Teow | Nasi Ayam Lemon |
Kafe ini menjual pelbagai jenis minuman penghilang dahaga. Terliur tatkala melihat menu lantas GUA memesan air lemon kelapa laut yang berharga RM3.80. Selain air, isi kelapa laut juga manis.
Makanan lain yang ada di sini kebanyakannya berasal dari Pulau Pinang. Assam laksa, kepala ikan masak assam, bubur nasi dan banyak lagi boleh dicuba.
0 Comments