Kerana kebosanan di hujung minggu lalu, GUA mengambil keputusan untuk merayau ke selatan tanahair, mengikut saranan kerajaan untuk cuti-cuti di dalam Malaysia. Oleh kerana tiada cuti panjang dan masih lagi dipertengahan bulan, GUA sekadar ronda-ronda isi perut saja dengan kawan-kawan yang sama juga kadar nipis dompet masing-masing.
Setelah kajian dilakukan, Tepian Tebrau adalah destinasi seterusnya. GUA diberitahu bahawa Tepian Tebrau ini dahulunya di lokasi lain tetapi apabila pembangunan telah dijalankan, lokasinya telah ditukar ke Jalan Tengku Petrie. Mudah sahaja nak ke sini, lokasinya berdekatan dengan English College dan tidak jauh dari Dataran Bandaraya Johor Bahru. Atau tengok sahaja gambar yang GUA ambil ini.
GUA pesan ketam cili pedas, ikan pari bakar dan tauhu bakar. Kesedapannya membuatkan anda tidak teragak-agak untuk membayar. Ketam cili ini diiringi dengan roti bulat yang sangat lazat tapi rasa GUA ianya tidak boleh dibeli secara berasingan. Itu GUA tak confirm, kena tanya sendiri. Yang GUA boleh confirm ialah sedapnya masakan di sini. Tidak hairanlah walaupun lokasinya sudah berubah, trafik pelanggan masih sesak.
Menu pilihan ialah ikan siakap bakar, kailan bawang putih, daging masak merah. Tidak menghampakan! Dan semuanya hanya RM32. Lepas makan, di sebelah restoran terdapat gerai-gerai membeli belah yang menarik untuk dikunjungi. GUA dah kenyang dan misi sudah tercapai. Apa lagi, balik KL lah untuk memulakan minggu baru.
0 Comments