Remy Ishak dibelasah 7 Mangkuk

Remy Ishak cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan kira-kira tujuh lelaki di perkarangan Istana Budaya (IB) malam kelmarin. Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 27, yang memegang watak Mansur Adabi dalam teater Natrah dipercayai diserang kumpulan lelaki terbabit ketika dia berehat di sebuah bilik selepas sesi pertama pementasan teater tersebut.

Berikutan kejadian, dia yang turut membintangi drama bersiri populer Nur Kasih mengalami cedera di kaki dan kepala. Menurut sumber, mangsa pada mulanya diekori oleh lelaki terbabit sehingga ke bilik persalinan sebelum dikepung di satu penjuru bilik tersebut.
"Lima daripada lelaki terbabit telah mengepung mangsa manakala dua lagi bertindak dengan memukul beliau. Mangsa mengalami bengkak di muka dan kaki selepas dibelasah," kata sumber tersebut.

Post a Comment

2 Comments

  1. isy. susah bila jadi orang baru nak naik ni. tadi baru nampak dia kat tv3 cerita suraya...

    ReplyDelete