
Pening kepala Cik Andalusia menonton temubual AC Mizal dengan Michelle di ‘Melodi’ semalam. Tapi dalam kepeningan tu, boleh lagi ketawa melihat AC yang sempat melawak tatkala berhadapan dengan masalah serius iaitu kes tuntutan nafkah termasuk tunggakan (oleh isteri) dan hak penjagaan anak (oleh beliau sendiri).
Seperti biasa, it’s all down to “he says, she says”. Shafnie kata AC tidak membayar nafkah kedua-dua anak berjumlah RM200 sebulan menyebabkan tunggakan sebanyak RM50 ribu. AC pula menafikan pernah mengabaikan kedua-dua anaknya, malah sempat ditunjukkan resit-resit deposit duit dan buku bank simpanan yang tercatat jumlah RM8 ribu lebih. Tapi yang Cik Andalusia hairan, kenapa satu deposit saja yang dibuat? Ditambah pula, Shafnie kini meminta nafkah sebanyak RM3,700 sebulan untuk kedua-dua anaknya sesuai dengan kemampuan AC sekarang.
Shafnie juga mendakwa AC tidak pernah menghubungi anak-anaknya walaupun tahu dimana mereka berada. AC pula berkata bagaimana dia nak hubungi kerana selepas Shafnie kahwin kali kedua, dia tinggal ditempat lain. Selepas bercerai, lagi lah dia tidak tahu bekas isterinya duduk dimana. Balas Shafnie, bahkan keluarga AC masih menghubunginya kenapa tidak dia.
Haih, pening, pening … Cik Andalusia sebenarnya malas nak komen sebab ini masalah rumahtangga orang. Tapi yang Cik Andalusia nak katakan pada AC dan Shafnie, fikirkanlah sejenak akibat perbuatan kamu berbalah di TV untuk tontonan umum pada anak-anak. Apa perasaan mereka melihat ibu dan bapa tersayang cuba mengaibkan sesama sendiri?
0 Comments