Nabil & Irma Akui Bercinta

http://www.gua.com.my/photobank/article/1/20/8F3D4CA6F42A4B35ABF9B9B0D72AC4ED.jpg
Benda baik buat apa nak disorokkan, lebih-lebih lagi bila bercinta itu satu perkara yang biasa.

Mungkin itu kesimpulan yang diperolehi Nabil dan Irma Hasmie apabila kedua-duanya memutuskan untuk tidak lagi berahsia tentang perhubungan yang terjalin di antara mereka.

Setelah sekian lama disyaki para media dan peminat, akhirnya, dalam akhbar Berita Harian hari ini, kedua-duanya tampil ke depan untuk mengakui perihal percintaan mereka yang bermula sejak hujung tahun lalu.

Jelas Nabil, keengganan mereka pada awalnya untuk mengakui status perhubungan mereka disebabkan ketika itu ia masih terlalu awal untuk dibicarakan. Tambahnya juga, hubungannya dengan bekas kekasih Myra juga telah berakhir.

Dan bagi mereka yang terdengar gosip bahawa Nabil dan Irma tinggal sebumbung, akibat Nabil sering kelihatan di rumah Irma, juara Raja Lawak 2 itu menafikan perkara tersebut. Katanya, kehadirannya disitu untuk menolong menjaga anak angkat Irma apabila Irma sibuk dengan kerja. Jika dikunjungi rumah Irma pun, dia akan ditemani pengurusnya.

Post a Comment

0 Comments