
Namun ada juga pertandingan di luar negara yang macam tidak begitu dipandang. Tapi apabila sebut Hollywood, pasti mata akan terbuka.
Yalah sebab kita macam dah kata kepada diri sendiri, kalau benda itu datang dari Hollywood, ia pasti bagus.
Tahun ini sekali lagi pihak yang berkaitan secara langsung dalam seni akan menghantar wakil negara ke Hollywood untuk bertanding dalam pelbagai kategori di Pertandingan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) pada 11 hingga 19 Julai 2009 di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Selain nyanyian, ada juga kategori lakonan, permainan alat muzik, tarian dan cabang-cabang seni lain. Bob dan Sarah ialah antara 24 peserta yang terpilih ke pertandingan itu.
Bob dan Sarah terpilih untuk kategori vokal. Turut bersaing ialah Norhasmider Ahmad dan Raja Farah Afzal Raja Ikram.
Empat model akan bertanding kategori model iaitu Siti Nurizana Iskandar, Ramsheh Singh, Wilson Tan dan Dilla Syahirah Atiff.
Malah nyanyian sahaja ada beberapa kategori yang dipertandingkan. Pertandingan akhir peringkat Malaysia diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 3 Mei lalu.
Semoga peserta yang bakal bersaing kali ini akan pulang bawa medal berharga. Sebelum ini Shafinaz, Deja Moss dan Noryn Aziz antara yang pernah menang medal emas dalam pertandingan sama.
0 Comments