Norish-bekas suami buka pekung

Benarlah kata orang. Masa sayang semuanya nampak indah-indah belaka, apabila tiada sayang segalanya hanya buruk pada pandangan mata.

Norish Karman dan bekas suami sekarang melalui saat getir apabila saling membuka pekung di dada.

Bekas suami menuduh Norish main kayu tiga. Itulah punca mereka bercerai, kata bekas suaminya. Datuk Hashimuddin Abdul Kadir.

Norish pula mengatakan tidak menerima nafkah selepas mereka bercerai dan membuat tuntutan di mahkamah.

Sekarang tuntutan itu didengar di mahkamah. Dalam masa menunggu segala kekusutan itu dirungkai pasti banyak lagi yang akan muncul.

Kalau masing-masing saling tuduh menuduh pasti banyak lagi yang akan terbongkar. Akhirnya siapa yang akan malu, diri sendiri juga.

Mangga Muda teringat kata-kata pahit yang pernah dikeluarkan oleh Norish suatu masa dahulu.

Norish pernah kata wartawan hiburan muka tak berseri sebab banyak tulis kisah tidak baik pasal artis.

Sekarang apa pula yang Norish nak kata? Muka siapa pulak yang tak berseri? Tak tahulah Mangga Muda nak cakap.alt

Cerita Norish daripada kacamata dan pemerhatian bekas suaminya sendiri yang menjadi paparan hangat sekarang.

Post a Comment

0 Comments