Taja MUH Masuk ICU


Berita mencemaskan tiba di kalangan komuniti indie petang Rabu lepas bersamaan 6 Mei, bahawa Taja, gitaris tinggi lampai kumpulan Meet Uncle Hussein dan komposer muda telah dimasukkan ke wad ICU Columbia Asia Medical Centre di Bandar Puteri, Puchong.

Khabarnya Taja telah dijangkit ulser perut yang merebak sehingga ke kerongkong dan sebabnya tidak diketahui. Pada tahun 2007, bekas pemain dram MUH, Kuduks, diberi pengesahan doktor bahawa beliau mengidap kanser dan sekarang anggota kumpulan Pesawat itu meneruskan kehidupannya dengan biasa, alhamdulillah.

Harapan GUA bahawa peminat MUH turut membantu ahli keluarga, rakan sekumpulan serta sahabat-sahabat Taja dalam mendoakan hamba Allah ini pulih dengan segera.

Post a Comment

0 Comments