Helah Cantik Tanpa Keluarkan Wang Lebih -Bahagian 1


Biar berganti musim, kamu tak perlu bertukar-tukar produk untuk tampil paling hebat. Nah, ketahuilah cara-cara maksimumkan apa yang kamu ada.

Ada kalanya kamu ingin berubah gaya sedikit. Berita baik: Meskipun almari pakaianmu sudah tunggang terbalik kamu kerjakan kerana nak kekal up-to-date, beg solekanmu sebenarnya sudah sentiasa sedia.

Kebanyakan produk yang kamu ada (bedak gangsa, gloss kegemaranmu) boleh digunakan dengan cara lain untuk gaya lebih seksi dan terkini. Helahnya, pastikan produk-produkmu “usaha” lebih gigih daripadamu – siapa sangka bronzer pun boleh digunakan sebagai pembayang? – dan turuti tricks yang biasa dilakukan jurusolek. Kongsi tip di bawah untuk kebaikan ekstra ini.

Ulas Bibir Lebih Hangat
1. Tukar yang lama jadi baru! Tak perlu beli gincu baru sebaliknya gabungkan warna-warna sedia ada untuk seleksi lebih segar dan tersendiri. Gabungkan rona coklat dan merah samar untuk rona ros menggoda, merah dan ungu untuk rona plum, serta coral dan merah untuk rona fuchsia. Jangan pula campur merah gelap dengan coklat, lebam jadinya nanti!

2. Serlah merah gincumu. Setelah mengoles lapisan pertama, pedap bedak padat dan oles selapis lagi gincu merahmu. “Bedak menyerap minyak daripada gincu, jadi warnanya lebih matte dan efek begitu memang menjadi trend sekarang ni,” jelas Chantel Miller, jurusolek senior untuk M.A.C. Pilihannya M.A.C Select Sheer Pressed Powder, RM80.

3. Gariskan bibir dengan pensel. Untuk elak warna bibir yang terang daripada terkeluar “batas”, bingkaikan bibirmu dengan pensel bibir ataupun pensel kening rona kulit. Formula waxnya bagus untuk mengelak warna comot.

4. “Isikan” ruang-ruang tertinggal. Dengan pensel bibir yang sama, warnakan bibir secara menyeluruh. Asas ini membantu “memegang” warna gincu atau gloss yang bakal kamu oles kemudian.

5. Pedap bedak asas pada bibir. Untuk gaya berbeza, bibir riasan rona pucat atau nude adalah “lawan” terbaik gincu terang menyala. Malah kamu tak perlukan gincu pun untuk gaya ini. Oles sedikit bedak asas pada span dan pedap pada bibir, biarkan kering beberapa saat. Kemudian oles pula sedikit gloss tanpa warna untuk tambah kilauan. Dah siap pun! Cuba Chanel Teint Innocence Compact SPF10, RM184.

Post a Comment

0 Comments