
Tidak ada yang lebihnya hubungan vokalis Hujan, Mohammad Noh dan pelakon Nora Danish kerana mereka berdua sekadar kawan biasa.
Itulah yang diakui oleh Noh apabila tersebarnya khabar angin mengatakan dia semakin intim dengan Nora dan pernah keluar dating bersama, baru-baru ini. Noh berkata, bukan sahaja Nora, malah dia juga mula berkawan baik dengan Tam, Intan Ladyana dan Betty Rahmat (adik Erma Fatima) yang kesemuanya rakan baik Nora.
Murai Batu difahamkan, mereka mula berkawan sejak bertemu di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH08) di Genting Highlands, April lalu.
Lagipun kata Noh, dia sudah ada teman wanita yang sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan senibina di Australia. Jadi takkanlah semudah itu dia berubah hati dan tidak mahu teman wanitanya merajuk lagi dengan gosip itu.
Murai Batu sempat juga tanya Nora lagi tentang gosip itu. Kata Nora, gosip itu tidaklah dianggap sesuatu yang serius di pihaknya mahupun Noh. Setiap kali membaca gosip itu, mereka hanya tertawa kerana tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan kerana ia telah digembar-gemburkan oleh pihak media.
Kata Nora: "Buat masa ini Nora sedang enjoy hidup secara solo dan menjaga anak. Untuk mencari pasangan hidup lagi, rasanya ini bukanlah masanya sebab Nora tidak mahu terburu-buru. Nora suka kawan dengan semua orang dan tidak suka mencari musuh dalam hidup. Untuk Noh, Nora doakan agar dia bahagia dengan teman wanitanya itu."
0 Comments