Konsert Siti Sudah Kecoh

Bermula 26 hingga 28 Jun ini, konsert Datuk Siti Nurhaliza akan berlangsung di Istana Budaya. Walaupun konsertnya belum bermula tetapi cakap-cakap tentang konsert ini sudah pun lama kedengaran. Sejak sidang media tempoh hari lagi.

Selain daripada ramai yang tidak sabar melihat kejutan yang berlaku, ada juga yang tidak puas hati dengan penjualan tiket. Maklumlah, awal-awal lagi tiket sudah habis dijual. Daripada bisik-bisik yang sampai ke telinga GUA, ada yang mengatakan ramai yang membeli tiket itu mempunyai ‘kabel’ atau orang dalam untuk mendapatkan tempat duduk yang bagus.

Malah, ada juga yang tidak puas hati kerana ada sesetengah tiket diberikan secara percuma kepada sesetengah pihak, terutamanya VIP. Kalau tidak silap GUA, penyanyi Krisdayanti dan Rossa juga dijemput menonton konsert ini secara percuma. Hrm…..rasanya tidak salah kalau kita meminta mereka membeli tiket. Kalau hendak menyokong biarlah ikhlas, betul tak?

Kalau difikirkan, ada betulnya juga mereka ini tidak berpuas hati. Apa tidaknya, bukan selalu mereka boleh menyaksikan konsert daripada Diva nombor satu negara ini. Jika penjualan tiket dilakukan lebih telus, pasti lebih ramai peminat fanatik di luar sana berpeluang menghadirkan diri. Mereka inilah yang sanggup berhabis untuk penyanyi kesayangan mereka itu.

Post a Comment

0 Comments