Sertai Cabaran Pertukaran Revive Isotonik


Hasil kejayaan promosi tukar lama untuk yang baru yang telah diadakan dua bulan yang lalu, Cabaran Pertukaran Revive Isotonik kini kembali dengan ganjaran yang lebih besar dan lumayan setiap hujung minggu bermula 11 Julai ke 2 Ogos.

Rakyat Malaysia kini berpeluang menukar botol atau tin lama minuman isotonik mereka untuk mendapatkan sebotol 1.5 liter minuman Revive Isotonik secara percuma. Kali ini, sasaran Permanis Sdn Bhd, pengilang Revive Isotonik, sebanyak 200,000 botol 1.5 liter minuman Revive Isotonik bagi mengatasi rekod terdahulunya sebanyak 80,000 botol.

Minuman Revive Isotonik mengandungi formula vitamin B3, B6 dan B12 istimewa serta elektrolit untuk menghidrat dan mengganti semula cecair badan secara berkesan. Minuman isotonik ini terbukti berpotensi untuk membantu menyegarkan dan mengekalkan prestasi mereka yang aktif dan ahli sukan dengan cepat. Ia juga didapati dalam gabungan unik rasa buah limau gedang dan perisa buah oren yang menyegarkan.

Cabaran Pertukaran Revive Isotonik akan berlangsung di antara jam 1 tengah hari ke 8 malam, setiap Sabtu dan Ahad di 26 lokasi seluruh negara. Kunjungi dan dapatkan sebotol 1.5 liter Revive Isotonik secara percuma di pasaraya, pasaraya besar dan pusat membeli-belah berikut di seluruh negara, sementara stok masih ada:

1 - 2 Ogos:
• Lembah Kelang: KL Sentral, Sg Wang Plaza, Carrefour Kepong, Carrefour Subang, Carrefour Wangsa Maju, Carrefour Sri Petaling, Carrefour Klang
• Lokasi lain: Giant Senawang Negeri Sembilan, Sunshine Falim Pulau Pinang, Carrefour Batu Pahat, Mydin Hyper Melaka dan Giant Kuantan

Untuk maklumat lanjut tentang pertukaran Revive ini, semaklah di akhbar-akhbar tempatan.

Post a Comment

0 Comments