Natasha Hudson sudah boring nampak jelita, buruk makeup leh la….

Erk, dia memang sangat jelita ke? tapi tak apa , kali ini gambar beliau muka seperti durian yang sudah masak, tinggal untuk dimakan. Tapi tak ada selera sebab puasa. ha ha ha.Kali ini, dia bersedia untuk ‘menconteng’ mukanya demi membawakan watak ikan buntal dan bukan durian dalam teater ‘Muzikal Gamat’ yang akan dipentaskan mulai 2 hingga 8 Oktober depan di Istana Budaya dan bukan Istana Raja Bersiung sebab seperti korang tahu Raja bersiung gigi dah patah dan resign tahun lepas.

“Buruk ke muka saya?,”(ha ah memang buruk la kuda) soal Natasha saat mula disapa dan ditanya tentang penerimaannya untuk menghodohkan wajahnya.
Muka Natasha disolek dengan alat mekap Shu Uemura oleh jurusolek khas dari butik itu, Surya Zainul, yang menjadi jurusolek artis sejak tiga tahun lalu.

Mukanya bukan sahaja disolek penuh dengan pembayang mata berwarna kuning, dilukis dengan bulatan besar warna hitam pada kedua belah matanya seperti Panda, dioles dengan gincu berwarna kuning malah turut ditampal dengan pelekat berduri dengan warna yang sama untuk menambah efek CGI di dalam teater.

Ditanya sama ada Natasha selesa atau tidak dengan apa yang dilakukan pada wajahnya itu, ibu kepada Nessa Halena ini hanya menggeleng dan mengangguk.

Tambahnya, dia memang menggunakan produk Wan Ongah haha bukanlah “Shu Uemura” dan secara tak langsung telah mencadangkan kepada pihak jenama itu untuk berkolaborasi dengan teater alam laut pertama di Malaysia itu.

Post a Comment

3 Comments

  1. Terima kasih untuk blog yang menarik

    ReplyDelete
  2. sama-sama....harap2 dtg melawat n tgglkan komen selalu

    ReplyDelete
  3. sama-sama....harap2 dtg melawat n tgglkan komen selalu

    ReplyDelete