Nurul Nak Kahwin Lagi

Selepas tiga tahun melayari kehidupan solo, Nurul atau nama penuhnya Nurul Huda Abdul Wahab ingin berkahwin semula.

"Bila ada keluarga, anda akan terasa hidup itu ada fokus, arah tujuan. Saya pernah lalui kehidupan berumah tangga dan saya pun dah puas hidup sebagai orang bujang. Bila balik, tiada sesiapa yang menunggu. Rasanya, saya sudah bersedia untuk kembali hidup berkeluarga.

"Cuma calonnya takde. Mana ada masa nak cari dengan jadual saya yang sibuk di tambah rupa saya yang sombong bila tak senyum menyebabkan ramai takut untuk menghampiri saya" selorohnya.

Bila ditanya tentang khabar angin yang kononnya dia sedang bercinta dengan seseorang YB (Yang Berhormat), dia hanya tergelak.

Tambah Nurul, anaknya Ayu Nazira, 11, yang risau melihat ibunya keseorangan, pernah menyuruhnya berkahwin semula walaupun di minta bukan calon mat saleh yang menjadi pilihan kerana takut ibunya terpaksa berhijrah.

Kongsinya, pada awal perceraiannya dulu, pernah terlintas di fikiran untuk berhijrah ke UK, France atau New York, Amerika. Tetapi hati berat untuk meninggalkan anak tunggal yang juga teman rapatnya.

"Mungkin selepas dia habis pengajiannya di sini. Saya pun tak kisah apa bangsa bakal pasangan saya asalkan dia baik hati, faham dan sayang saya. Dan semestinya saya inginkan anak. Saya suka ada baby. To have kids adalah benda yang paling 'best' dan seronok di dalam hidup ini," ujarnya yang berusia 32 tahun.

Nak bercuti
Sejak melancarkan album terbarunya, ‘Tika Cinta’ pada Julai lalu, Nurul yang baru pulang dari Jakarta, Indonesia untuk penggambaran drama 'Kau Dan Aku', kini sibuk dengan kerja-kerja promosi. Dia bercadang untuk menghabiskan masa setahun untuk mempromosikan album tersebut.

"Banyak lagu yang bagus di dalam album itu dan saya ingin pendengar mengenali setiap lagu di dalamnya."

Dengan komitmen nyanyian dan lakonan, tidak menghairankan jika adakalanya Nurul merasakan dirinya tertekan. Sebab itu, di rancang untuk bercuti ke luar negara (walaupun belum ditentukan destinasinya) sebaik saja selesai promosi album dan perbincangan untuk satu ‘product endorsement’.

"Kerjaya sebagai penghibur sama seperti mereka yang bekerja di dalam industri perkhidmatan. Tugas kami adalah untuk menghiburkan orang ramai sampai takde masa untuk diri sendiri.

"Tapi ada masa tu bila dah bercuti, kepala ni terfikir saja pasal kerja sampai jadi rimas, terasa nak balik," katanya tersenyum.

Untuk Raya ini, dia akan menghabiskan masa seminggu di kampungnya di Pulau Pinang.

Post a Comment

0 Comments