Terbaru Scha Al Yahya dan Sinopsis Awan Dania 2

Wah cepat masa berlalu, tiba-tiba je dah Awan Dania Season 2?haha Scha masih lagi stay dengan kejelitaan beliau .

Tapi kalau dapat download ke or stream tele-movie cerita melayu kan best ,then tajuk tiap episod leh poyo-poyo letak title cam nih.Contoh nya macam ni “Prison Break S01E03″ haha faham kan? “Awan Dania S02E01. haha.comel gitu!

Awan Dania musim kedua masih mengekalkan pelakon-pelakon asal seperti Scha Al-Yahya, Irma Hasmie dan Mustafa Kamal selain membawa masuk pelakon-pelakon baru dan lama seperti Fizow Omar, Jehan Miskin, Aida Aris, Yasmin Khanif, Wany Mustafa, Eyta Mahmud dan Enny Ridwan.

Sedikit sinopsis hasil garapan penulis skrip & pengarah mengenai drama musim terbaru ini. Kata mereka, Awan Dania 2 berkisar kepada kehidupan seorang gadis yang bernama Dania yang berjaya mencapai impiannya untuk menjadi pramugari di sebuah syarikat penerbangan sebelum ini.

Bagaimanapun, disebabkan menghormati persahabatan dengan rakannya, Dania mengambil keputusan untuk berhenti dari syarikat penerbangan lama dan menganggur untuk seketika.

Walaupun begitu, impian Dania untuk terbang di awan tidak pernah luntur dan akhirnya peluang tersebut datang apabila sebuah lagi syarikat penerbangan menawarkan peluang pekerjaan sebagai pramugari.

Dania pergi ke sesi temuduga dan bertemu dengan salah seorang dari pengurus kanan di situ, Safura. Dania telah mengembalikan kenangan pertama sewaktu dia bekerja dengan usia yang lebih mentah dan diterima bekerja di situ.

Episod baru dalam hidup Dania bermula sejurus memulakan tugasannya di tempat yang baru yang dikelilingi dengan rakan-rakan baru serta cabaran yang perlu ditempuhi termasuklah Benjy (lakonan Jehan Miskin) yang menagih cinta Dania.

So, jangan lupa tonton perjalanan hidup Dania dan rakan-rakannya yang penuh warna-warni menerusi drama hebat Awan Dania 2 yang akan bersiaran pada setiap hari Isnin, bermula pada 28 September ini, jam 9.00 malam, hanya di Astro Ria (saluran 104).

Post a Comment

0 Comments