Avatar telah pecah Rekod Titanic


Setelah sekian lama filem Titanic mendominasi kutipan tertinggi akhirnya dapat di atasi dengan terbitnya Filem Avatar arahan James Cameron.Sebelum ini Zoom hanya mendengar kehebatan Filem ini, kerana sifat ingin tahu Zoom belilah tiket untuk menyaksikan yang dihebohkan oleh rakan-rakan Zoom.Setelah menonton Filem Avatar Zoom dapat menyaksikan wajah kepuasan hampir semua penonton yang keluar termasuklah Zoom sendiri.Tidak dapat dinafikan jalan cerita dan soound sistem menjadi pemangkin penonton datang ke pawagam.Dibawah ni terperinci mengenai kutipan Filem ini..


Avatar, filem yang kini hangat meraih pendapatan yang tertinggi sepanjang masa dengan kutipan sebanyak US$1 841 juta hingga melampaui rekod pengarahnya sendiri, James Cameron menerusi filem karyanya, Titanic yang mengutip US$1 242 juta.

Filem bergenre sci-fi tiga dimensi karya James Cameron ini memperolehi pendapatan yang cukup memberangsangkan, menurut sumber dari The Sun. Prestasi itu membuatnya menjadi filem terlaris dunia sepanjang masa dan melebihi filem karya James sebelumnya, Titanic, yang dihasilkan pada 1988.

Pawagam Odeon di London's Leicester Square yang didirikan pada 1937, dalam kenyataannya berkata Avatar adalah filem terbesar dan terlaris sepanjang masa. Odeon berjaya menjual 71 500 tiket. Menurut bos Odeon, Rupert Gavin, "Avatar memiliki kombinasi teknologi 3D yang hebat dan dipuji di seluruh dunia. Itu yang membuatnya laris ditonton."

Post a Comment

0 Comments