Dato’ Siti Nurhaliza Terima Beg Tangan Rm40,000 Sempena Hari Jadi


Baru sahaja kita bercerita tentang beg basahan Dato’ Siti Nurhaliza yang berharga ribuan ringgit.

Semalam, sempena hari lahir beliau yang ke 31, Datuk K dengan penuh kasih sayang menghadiahkan sebuah beg tangan keluaran Louis Vuitton (LV) berharga lebih RM40,000.

Jika anda masih ingat, pada tahun 2008 Siti Nurhaliza menerima hadiah kereta Mercedes Benz hitam bernilai RM800,000 di’ikuti dengan jam tangan Richard Mille berharga RM200,000 tahun lalu.

“Selain kasih sayang, saya menganggap hadiah pemberian suami ini berupa suatu kegembiraan,” kata Siti Nurhaliza sambil menunjukkan beg tersebut kepada media.

Selain beg tangan, Datuk K juga di’katakan telah membawa Siti Nurhaliza bercuti ke tiga lokasi percutian iaitu Barcelona, Dublin dan London Disember lalu selama dua minggu.

Jika di’hitung kasar, tiga tahun sahaja, sudah lebih RM1 juta Datuk K habiskan buat hadiah hari jadi Siti Nurhaliza.

Post a Comment

0 Comments