Fakta Menarik Tentang Lisa Surihani Dari Temubual Trek Selebriti


Seronoknya Jimmy Shanley boleh menaiki yatch mewah & makan tengahari bersama model & aktress jelita Lisa Surihani.

Ini ada beberapa fakta menarik yang kami extract dari rancangan Trek Selebriti ini — kerana kami tiada kerja.

Lisa Surihani mempunyai parut ala Harry Potter di’dahi akibat jatuh tangga ketika masih kecil.

Lisa Surihani menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) ketika sekolah walaupun beliau seorang yang takutkan darah.

‘Fobia’ & ‘Gergasi’ merupakan penampilan telemovie & lakonan pertama Lisa Surihani ketika beliau berada dalam Darjah 6.

Pernah menjadi tutor bersama ibu beliau selepas menamatkan peperiksaan SPM dengan mengajar subjek Bahasa Inggeris & Pengajian Agama Islam.

Apabila di’tanya tentang lelaki idaman, Lisa Surihani sukar hendak jawab namun terpacul dua ciri yang di’idamkan — kemas & tinggi.

Lisa Surihani membayar sendiri yuran A-Level beliau hasil simpanan duit menjadi model iklan ketika di’sekolah menengah.

Post a Comment

0 Comments