Imuda bakal berkahwin pada Bulan Februari


Alhamdulillah, setelah 6 tahun menduda akhirnya abang Imuda kita ini bertemu jodoh semula, kesunyian pelakon dan pelukis ini akan menamatkan zaman Dudanya dengan seorang gadis dari Pulau Pinang bulan depan.

Imuda atau nama sebenarnya, Abdul Rahim Muda , 50, bakal mengahwini Sabrina Ali, 28, pada 20 Februari ini. Imuda berkata, hatinya mula tertarik untuk mengenali Sabrina ketika kali pertama bertemu di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ketika dia mengadakan persembahan di situ.Mari kita baca "Statement" abang Imuda kita mengenai bakal isteri dan persiapan perkahwinannya nanti..


"Daripada pertemuan itu, kami berkawan dan berkenalan dengan lebih rapat sehingga membuat keputusan untuk berkahwin,"
kata Imuda.


"Tiada apa yang menggembirakan saya selain anak-anak merestui perkahwinan kali ini. Bahkan, bakal isteri saya juga bersedia menerima kehadiran anak-anak saya,
" kata Imuda lagi.

Berita baik ini turut di kongsi baik oleh dua orang anaknya, Raihana 15 tahun dan Mohd Redza 8 tahun hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya.

Post a Comment

0 Comments