Keputusan Anugerah Juara Lagu Ke-24

‘Pergi’ ciptaan eksklusif Pete Teo & nyanyian merdu Aizat menjadi juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-24.

Persembahan ‘Pergi’ oleh Aizat pada malam ini turut di’iringi dengan slideshow individu berbakat yang telah meninggalkan kita – termasuk Yasmin Ahmad.

Jika ada persembahan terbaik bertemakan semangat 1Malaysia, Aizat pasti pemenangnya. Sekali lagi, tahniah Pete Teo & Aizat!

Senarai penuh pemenang Anugerah Juara Lagu ke 24 selepas ini. Termasuk komen secara langsung kami.

2237hrs – Black (Mentor) sedang mendendangkan lagu ‘Aku Rindu Sayang Kamu’ yang secara jujurnya kali pertama kami dengar.

2245hrs – Akim (AF) bawa half-cut naik atas pentas & bakar seperti dalam video klip beliau untuk lagu ‘Bengang’.

2300hrs – Ketika Ally Iskandar umumkan persembahan kedua Aiz at, Liyana Jasmay yang berbaju ala-pelangi tampak teruja.

2307hrs – TV3 mengumumkan secara eksklusif yang kumpulan rock legenda, Search akan membuat persembahan di’akhir nanti.

2311hrs – Faizal Tahir tampil menggunakan tongkat kerana tidak mampu berdiri dengan betul untuk persembahan lagu ‘Bencinta‘.

2325hrs – Siaran langsung Anugerah Juara Lagu ke-24 di TV3 tergendala untuk 2 minit. Satu Malaysia panik. Ha ha!

2338hrs – Walaupun bertopeng, identiti duo vokalis sementara Meet Uncle Hussain tidak boleh lagi di’rahsiakan — Black & Hazama.

2347hrs – Vokal Terbaik – Aku Rindu Sayang Kamu oleh Black

2349hrs – Persembahan Terbaik – Kau Aku oleh Aizat (Berbaloi bawa naik budak-budak sekolah naik atas pentas)

2351hrs – Tempat Ketiga (RM12,000 + Trofi) – Bencinta oleh Faizal Tahir (Sekali lagi berbaloi beliau gagahkan diri untuk membuat persembahan)

2352hrs – Naib Juara – Dan Sebenarnya oleh Yuna (Kami ada cerita baik tentang Yuna & pembikinan lagu ini. Tunggu!)

2354hrs – Juara Anugerah Juara Lagu ke 24 – Pergi oleh Aizat (Sudah di’jangka ketika Cheryl Samad komen panjang lebar semasa intro persembahan. Tahniah Aizat & Pete Teo)

2356hrs – Ally Iskandar tersalah orang. Yang tampil di’atas pentas bukan Pete Teo. Kelakar pula. Jumpa lagi tahun hadapan!

Post a Comment

0 Comments