Seperti kita semua sedia maklum, ramai pelanggan restoran milik keluarga Liyana Jasmay ini mengadu harga yang di’kenakan terlalu mahal.
Restoran yang menyediakan makanan berasaskan ikan sungai ini di’katakan mengenakan harga yang terlampau tinggi sedangkan kualiti masih sama dengan restoran lain.
Liyana Jasmay tampil membuat kenyataan yang beliau tidak layak memberi ulasan kerana restoran itu tidak ada kena-mengena dengan dirinya.
Itu tidak mengapa lagi walaupun restoran itu memang sah & terang milik keluarga beliau — maka secara tidak langsung mesti ada sedikit penglibatan Liyana Jasmay.
Satu lagi kenyataan yang membuatkan rakan kongsi restoran ini, Chef Kamarul panas hati adalah apabila Liyana Jasmay seolah-olah tidak menggalakkan orang makan di’situ.
Kenyataan Liyana Jasmay berbunyi, “Nasihat saya, kalau rasa restoran itu mahal, jangan paksa untuk datang makan di situ.”
Menurut Chef Kamarul, kenyataan Liyana Jasmay itu seakan-akan berkata kepada pelanggan jika mereka tidak mampu, jangan makan di’restoran tersebut.
0 Comments