Mungkin kerana terlalu ghairah dengan tawaran yang diterimanya, pelakon yang kini meningkat naik ini tanpa segan silu menerima sahaja tawaran untuk menari bogel dalam filem terbaru.Baca je la komen Kristen Stewart ini di bawah,nak je dia berlakon filem ni..!!! Excited sangat..!!
Kristen Stewart, bintang filem 'Twilight' yang terkenal tak ragu menerima tawaran menjadi penari bogel dalam sebuah filem indie. Aktres jelita yang memegang watak sebagai Bella Swan itu turut rela menyakiti dirinya sendiri.
"Saya melakukan tarian di celah-celah tiang dan disebabkan itu kaki saya luka-luka. Saya telah menyakiti diri sendiri selama melakukan tarian itu,"kata Stewart, seperti dipetik Ace Showbiz. Walau terpaksa menahan sakit, Stewart mengakui seronok dengan pengambaran filem berjudul 'Welcome to The Rileys' itu.
"Semakin saya melihatnya, semakin itu saya menginginkannya,"ujar gadis yang disebut-sebut menjalinkan hubungan cinta bersama pasangan Twilight, Robert Pattinson. Ketika ditanya tentang wataknya dalam filem indie tersebut, Stewart mengaku telah melakukan sejumlah persiapan untuk menjadi seorang penari bogel. Salah satunya, dia sendiri telah belajar menari dari penari bogel asli.
"Saya telah berbual dan bertanyakan kepada tiga penari di New Orleans. Mereka juga turut berlakon dalam filem ini,"katanya. Menurut sutradara 'Welcome to the Rileys,' Jake Scott, pihaknya tidak akan mengeksploitasi Stewart dalam filem tersebut. Scott hanya ingin menampilkan kisah tentang anak remaja bermasalah yang terpaksa menjadi penari bogel dan pekerja seks komersil.
0 Comments