Liyana Jasmay Lulus Ujian Lesen Memandu & Mahu Kahwin



(Sumber Gambar: Terima Kasih Hafiz Mustapha dari CuteCarry.com)

Nampaknya pasangan ‘teman tapi mesra’ terbaru Malaysia ini sudah ada persamaan — buat aksi ‘antenna’ ketika di’minta bergambar.

Aksi ‘antenna’ agak sinonim dengan kaum perempuan, tetapi demi Liyana Jasmay, Aizat rela turut serta. Kami bergurau.

Liyana Jasmay hari ini sekali lagi menjadi mangsa paparazzi Twitter kami. Dua kisah menarik untuk kami kongsi.

Pertama’nya, tahniah buat Liyana Jasmay yang baru sahaja lulus ujian berkomputer untuk lesen memandu beliau.

Ini adalah kali kedua Liyana Jasmay mengambil ujian tersebut selepas gagal ujian pertama dek kerana hanya 1 markah.

Kedua, kemaskini terbaru Twitter Liyana Jasmay ada membayangkan keinginan beliau untuk berkahwin cepat.

Kami yakin dengan sangat Twitter ini ada kaitan dengan Aizat. Maklum’lah, Aizat sehingga ke hari ini masih mengamalkan diet yang cukup ketat untuk mengekalkan figura selebriti.

Post a Comment

0 Comments