Bagaimanapun, ketika sidang media majlis pelancaran tersebut, Norman yang ditemani isterinya, hanya tersenyum dan sedia menjelaskan keadaan sebenar.
"Sebenarnya, itu semua gosip dalam dunia hiburan semata-mata. Kami memang rapat dan hubungan itu tidak lebih daripada rakan bisnes saja. Saya tak pernah ada skandal atau affair dengan Nurul pun. Kalau tak percaya tanya isteri saya sendiri." Kata Norman..Menyokong komen Norman, Nurul menjelaskan lagi perkara sebenar.
"Kalau boleh Nurul tak mahu besar-besarkan lagi gosip itu. Apa yang dikatakan oleh Norman itu betul. Kami berkenalan pun atas dasar Nurul dipilih jadi duta produk G&G.
0 Comments