Rockstar Radhi OAG & Isteri Setuju Selesai Kes Cerai Cara Baik


(Sumber Gambar & Berita: Terima Kasih Siti Azira Abd Aziz – mStar Online)

Bukan kami yang beri gelaran rockstar tersebut kepada Radhi OAG, beliau sendiri yang secara berseloroh mengaku diri sebagai rockstar. Marah Noh Hujan nanti.

Radhi OAG secara berseloroh berkata ‘rockstar mesti datang lambat’ sebelum memohon maaf kerana hadir lima minit lewat ke prosiding kes cerai beliau 1 Disember lalu.

Hari ini, Radhi OAG & Shazlin Sharif di’lihat hadir bersama menaiki kereta yang di’percayai milik Shazlin di’temani seorang wanita lain.

Peguam yang mewakili Radhi OAG, Musa Awang berkata kegagalan Radhi OAG untuk datang sebelum ini adalah kerana masalah pengangkutan (ya, seperti tidak masuk akal).

“Kami nak selesai cara baik,” jawab Radhi OAG ringkas ketika ditanya mengenai hal itu di luar mahkamah hari ini.

Kes sebutan cerai Radhi OAG & Shazlin Sharif ditangguh pada 24 Februari ini bagi memberikan ruang kepada Radhi untuk mengemukakan pembelaan.

Post a Comment

0 Comments