Fouziah dan Iqram hanya kawan


Sejak menceburi bidang hiburan Pelakon muda, Fouziah Gous, 27, hanya mempunyai skandal dengan Datuk Seri Farid Redzuan. Kelakar pula rasanya kerana ia sangat tidak berasas tetapi diulang pakai. Hendak kata Fouziah kenal Datuk Farid, rasanya dalam bidang hiburan, tiada siapa yang tidak kenal dia.


Sejak kebelakangan ini, ada ceritanya mengenai dia dan Iqram. Walaupun mereka sudah lebih empat tahun mengenali antara satu sama lain iaitu sebelum Fouziah menjadi artis lagi. Drama pertama yang Fouziah berlakon pun adalah di samping dia. Jadi mereka sebenarnya seperti best friend forever (BFF). Segalanya tentang Fouziah, Iqram mesti tahu. Dialah tempat Fouziah mengadu masalah dan menangis.

Tetapi Fouziah tidak mahu takbur mengatakan mereka tidak mungkin bercinta. Cuma mereka pernah cuba bergerak ke arah itu tetapi ia tidak menjadi. Nampaknya mereka lebih sesuai berkawan saja.

Post a Comment

0 Comments