Pierre dan David Teo akan berdamai semula !!


Inilah yang dinamakan walaupun pergi kemana sahaja pastinya akan bertemu di lubuk yang sama, begitu jugalah kisahnya diantara Pierre dan David Teo yang sudah bermasam muka lebih kurang 2 tahun.
Semoga perdamaian akan terjalin sehinga sampai bila-bila kerana setahu zoom mereka pernah berkerja sama sebelum ini..Ikuti luahan David Teo mengenai kisah seseorang yang pernah berkerja dengannya..

Kata David, sebagai individu yang bertanggungjawab mengetengahkan anak muda berusia 25 tahun itu dalam bidang perfileman, dia cukup terbuka untuk menerima bukan sahaja Pierre, malah sesiapa jua yang mempunyai niat baik terhadapnya.
"Memang dari dulu, saya dan Metrowealth memang sentiasa terbuka dan bersedia untuk menerima bukan sahaja Pierre malah sesiapa juga yang ingin datang kepada kami dengan niat baik.
"Dia pernah melakukan kesilapan dan jika dia benar-benar ingin berbaik semula, pintu kemaafan daripada saya sentiasa terbuka.
"Sebagai orang berpengalaman dan produser filem, saya bersedia untuk memaafkan sesiapa juga yang mengakui kesilapannya," kata David.
Walaupun tindakan drastik Pierre sebelum ini boleh disifatkan agak keterlaluan apabila meninggalkan produksi filem Jangan Tegur sebelum tugasannya tamat gara-gara perselisihan faham dengan pihak produksi, namun David punya pendapat sendiri berhubung perkara itu.

Post a Comment

0 Comments