Suami Ida Nerina Sanggup Bersumpah Pernah Lafaz Cerai !!

Huh..Makin panas juga cerita penceraian yang tak pasti ini, yang terbaru Zoom ada membaca suami Ida Nerina sanggup bersumpah menafikan beliau pernah melafazkan cerai.

Kisah penceraian artis bekas anggota kumpulan Blackrose hangat diperkatakan terutamanya selepas beliau Melafazkan cerai terhadap Ida, beliau telah keluar meninggalkan rumah Ida. Pada 9 Oktober lalu, Shahrin telah mengisi borang pengesahan lafaz cerai di mahkamah itu. Pada 21 Jun lalu, Ida yang juga bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia musim ke-7 ini telah menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terjatuh di rumahnya.

Kemalangan itu berlaku ketika menaiki tangga di ruang tamu dalam rumahnya yang terletak di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 3 pagi.

Sebelum ini, pengurus peribadi Ida, Fizaruddin Harun atau Fizar menafikan khabar angin yang mengatakan aktres itu dipukul sehingga menyebabkan dia terjatuh. Fizar juga mendakwa Ida tidak mungkin terjatuh disebabkan hilang pertimbangan kerana 'mabuk' memandangkan aktres itu baru pulang dari umrah. Katanya, Ida tergelincir lalu terjatuh apabila sedang menaiki tangga dengan tergesa-gesa.

Fizar juga turut menafikan yang Ida mungkin lumpuh akibat kecederaan tulang belakang yang dialaminya selepas insiden itu kerana sehingga kini doktor belum mengeluarkan laporan itu.

Post a Comment

0 Comments