Keluarga Norman Hakim mula mahu melamar Memey

Satu ketika dulu, gadis kelahiran Kota Tinggi, Johor ini pernah mengejutkan industri hiburan tanah air dengan kisah panasnya. Memey Suhaiza atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, telah mencetuskan kontroversi apabila ditangkap berkhalwat dengan pelakon Norman Hakim pada 30 Oktober 2008 di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana. Namun kes mereka sehingga kini masih lagi dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Dalam hal yang lain, baik keluarganya mahupun keluarga Norman tidak pernah memaksa mereka untuk berkahwin semata-mata untuk menutup kontroversi yang melanda.
“Keluarga saya, Alhamdulillah, mereka faham. Mereka bersikap optimis. Mereka tak suruh atau paksa saya untuk kahwin. Mereka sangat memahami saya. Keluarga abang Norman ada juga suruh kami kahwin. Tak ada istilah mendesak atau terdesak untuk berkahwin. Kami hanya duduk berbincang pasal masa depan. Dia faham keadaan saya macam mana. Dia pun perlu selesaikan masalah dia, masalah anak. Kalau boleh semoga jodoh kami akan dipermudahkan.” kata Memey. -Gua

Post a Comment

0 Comments