Penyesalan oleh Nabil Raja Lawak dengan Saman RM2 Juta

Genap dua tahun usia penglibatan pelawak popular Ahmad Nabil Ahmad dalam dunia seni dan dia sudah menerima 'hadiah' terbesar yang tidak pernah diduga iaitu saman RM2 juta daripada syarikat perfileman, SDAF Pictures (M) Sdn. Bhd. yang menerbitkan filem lakonannya, Lu Pikirlah Sendiri De Movie. Semuanya gara-gara ketulusan Nabil memberi komen tentang lakonannya dalam filem itu yang diarahkan oleh Aminah Rhapor.

"Saya tidak menyesal dengan apa yang saya cakap kerana ia sesuatu yang betul. Tanyalah mana-mana penonton yang telah tengok filem itu, pendapat mereka serupa dengan saya. Jadi, salahkah kalau saya hanya beri pendapat tentang mutu lakonan saya sendiri? Saya bukan kata jangan tengok filem itu. Tidak sangka pula dapat saman RM2 juta hanya kerana beri pendapat,".
"Saya cuma menyesal sebab tidak baca kontrak betul-betul. Saya tidak tahu, saya tidak boleh beri sebarang pendapat terhadap filem lakonan saya sendiri. Selain itu, saya juga menyesal kerana bersetuju untuk berlakon dengan pengarah tersebut, sedangkan saya banyak mendapat tawaran lakonan yang lebih baik," tambah Nabil. -hmetro

Post a Comment

0 Comments