Komen Kamal mengenai Shaz Jaszle dan Shira !!

Sudah menjadi lumrah yang patah hilang berganti dengan ranting dan daun yang baru, begitu jugalah kisahnya bekas kekasi Kamal ini dengan X kekasihnya Shira.Nak tau lebih lanjut apa kata artis bernama Kamal mengenai bekas kekasihnya bacalah "Statement" dibawah.


“Kalau benar Shahz dan Shira bercinta, saya tidak ada masalah. Saya dah Shira sudah tidak mempunyai apa-apa ikatan. Saya pun sudah mempunyai pengganti. Mungkin ada orang yang akan ingat kami akan bermasam muka, tetapi perkara ini tidak berlaku. Saya dan Shahz masih berkawan seperti dahulu.

“Saya tidak pernah berasa kekok atau kurang selesa apabila kami berjumpa. Sebabnya, saya sudah lama mengenali Shahz, sebelum dia mengenali Shira lagi. Sebagai seorang lelaki, perkara ini tidak memberi sebarang impak kepada saya. ‘We have to move on.’ Kalau mereka betul-betul serius, saya harapkan Shahz dan Shira bahagia dan berkekalan,” jelas Kamal.

Jawapan yang diberikan oleh Kamal ini menunjukkan dia sudah melupakan cinta lama dan cintanya kini hanya tertumpu kepada Intan Ladyana. Pasti Intan menarik nafas lega sekiranya dia terbaca pengakuan Kamal ini.

Post a Comment

0 Comments