Cinta Irma kepada Nabil seperti magnet selatan utara

Pelakon "hidung terletak" Irma Hasmie mula naik rimas dan kadang kala makan hati apabila ada mulut-mulut jahat yang menuduh kononnya cinta dia dengan Nabil Raja Lawak sudah berkahir. Irma yang dijumpai pada majlis Pencarian Kacak Bergaya Vigor Pancaindera di Hotel Legend, Kuala Lumpur minggu lalu, dia mengakui yang dia memang kecewa dengan fitnah-fitnah orang itu.
"Saya tak tahu la kenapa ada macam-macam cerita tak betul saya dan Nabil kebelakangan ni kononnya kami dah putus," katanya.
Perkembangan kisah cinta mereka berdua katanya memang cukup bahagia. Kalau gaduh sikit-sikit tu perkara kecil sahaja. Dalam hal lain juga, keluarga kedua-dua pihak pun sudah kenal di antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, percintaan Irma dan Nabil bukan cinta main-main. Cinta gila namanya sebab mereka memang serius dalam hubungan tu.
"Soal kahwin tu masih awal lagi untuk dibincangkan. Insya-Allah, kalau ada jodoh tak kemana," tambah Irma dengan penuh kesabaran. -Utusan

Post a Comment

0 Comments