Erin Res2 Kini Bekerja Sebagai Belly Dancer Demi Rezeki Anak

“Saya sekarang menjadi ‘belly dancer’ dan diakui tarian ini keterlaluan tapi saya suka dan itu sumber saya cari makan. Lagi pun saya tak kacau orang. ”

“Saya tahu seksi tak digalakkan tapi daripada ‘belly dance’ saya bagi anak (Nur Tiera Asrina) makan sejak lahir hinggalah dia kini sudah 9 tahun,” kata Erin Res2 kepada Media Hiburan.

OMG. Dari pandangan mata & akal fikiran kami yang tidak’lah terlalu bijak ini, ada ribuan lagi kerja lain yang Erin Res2 boleh pilih selain tarian seksi ini.

Janganlah hanya semata mahu terus hidup dalam dunia glamor, kerja sebegini pun sanggup awak redah.

Beberapa hari lepas, kami ada baca laporan akhbar tentang seorang vokalis popular circa 1990 yang kini bekerja sebagai pemandu teksi.

Tidak glamor kerjanya namun jauh lebih positif & bermaruah kerjanya. Pasti anak awak lebih bangga satu hari nanti.

Post a Comment

0 Comments