Inikah kekasih Nurul Ajai semasa ABPBH 2009 ?

Inikah Kekasih NURUL ?

Untuk pengetahuan semua, jejaka yang berjaya mencuri hati Nurul pada ketika ini ialah Ryzal Marzuki. Difahamkan Ryzal bekerja dalam industri kewangan. Menurut Nurul, pada awal perkenalan Ryzal tidak mengetahui dirinya seorang artis.


Kami mula mengenali sejak beberapa bulan yang lalu melalui perkenalan dari kawan-kawan. Sekarang kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Dia juga lelaki paling istimewa dalam hidup Nurul sekarang. Kami ‘sama kepala’. Dia suka buat lawak dan buat Nurul ketawa. Nurul sangat selesa bila bersamanya.” kata Nurul.

Ryzal bukan seorang duda ataupun suami orang. Dia masih ‘solo’ lagi. Ini merupakan kali pertama Nurul membawa pasangannya itu keluar menghadiri majlis-majlis sebegini. Nurul turut mengakui, Ryzal adalah lelaki yang bertakhta dalam hidupnya kini. -Gua

Post a Comment

0 Comments