Friday, April 9, 2010

Radhi OAG Akui Kini Bebas Dadah

Filled under: ,

Akhirnya Radhi OAG yang selalu berperangai Hiperaktif akhirnya mengaku bahawa sebelum ini dadah sudah sebati dalam dirinya sejak belasan tahun lagi.Ikuti luahan anak muda ini mengenai kisah DADAH yang pernah menghantui dan sudah pasti akan mengejutkan ramai pihak.


Namun Zoom tabik spring kat Radhi ini sebab berani tampil dan berubah untuk masa depan beliau,



"Terus-terang saya katakan, diri saya kini telah bebas dadah sepenuhnya. Sudah dua bulan sembilan hari saya tidak ambil dadah.
"Saya tahu pengakuan ini pasti mengejutkan banyak pihak tapi sebagai artis dan manusia yang bertanggungjawab, saya terpanggil untuk mengakui kesilapan ini dan cuba untuk memperbaikinya.
"Insya-Allah, saya akan jalani kursus pemulihan dengan Agensi Anti Dadah dan PEMADAM selama tiga hari bermula pada 9 hingga 11 April ini.
"Selepas ini, saya akan mewakili mereka untuk berucap dan berkongsi pengalaman dengan masyarakat demi manfaat bersama," katanya.
Bercerita tentang dirinya yang kini bebas dadah, Radhi mengakui kematangan diri dan pelbagai ujian yang melanda hidupnya lewat ini telah menyedarkan penyanyi lagu Generasiku itu untuk membuang jauh-jauh amalan tidak sihat itu.
"Sudah terlalu lama saya terlibat dengan pengambilan dadah, malah sejak umur 15 tahun lagi. Segala macam jenis dadah pernah saya cuba.
"Umur saya pun sudah mencecah 33 tahun dan sudah tiba masanya untuk saya berhenti daripada tabiat buruk ini sebelum terlambat.
"Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan ini yang menyedarkan saya untuk berubah. Kegagalan rumah tangga, kehidupan peribadi yang berkecamuk dan perkembangan karier yang agak goyah benar-benar membuka mata saya.
"Namun, saya bersyukur kerana Tuhan masih beri peluang kepada saya. Saya rasa sangat bersalah melihatkan anak lelaki saya terus membesar dengan keadaan saya yang tidak stabil begini.

0 comments: