Siti Nurhaliza Berehat Tujuh Bulan, Usaha Untuk Dapat AnakSiti Nurhaliza Berehat Tujuh Bulan, Usaha Untuk Dapat Anak


Selamat pagi peminat hiburan Malaysia! Okay. Bahagian usaha untuk dapat anak tersebut mungkin tidak betul tetapi ada kemungkinan.

Siti Nurhaliza mengumumkan yang beliau akan mula berehat dari sebarang aktiviti seni bermula 1 Jun ini sehingga ke hujung tahun.

Ini bermakna dunia hiburan akan kehilangan Siti Nurhaliza untuk tujuh bulan, mungkin lebih jika Siti Nurhaliza berasakan tujuh bulan tidak cukup untuk berehat.

Atau, dalam tempoh tujuh bulan ini, dengan berkat doa peminat, Siti Nurhaliza mula mengandung maka cuti Siti Nurhaliza mungkin akan lebih panjang.

Kami tidak tahu apa impak sebenar jika Siti Nurhaliza tiba-tiba senyap dari dunia hiburan, namun yang pasti Datuk K pasti gembira melihat Siti Nurhaliza akan ada lebih masa di’rumah.

Kita doakan sahaja Siti Nurhaliza akan memperoleh rehat yang secukupnya sepanjang tujuh bulan ini & siapa tahu, perut boleh berisi. Heh!

Post a Comment

0 Comments