Zee Avi Akan Buat Persembahan Di Anugerah Industri Muzik 17


Mengubati kekecewaan mereka yang tidak dapat hadir ke konsert Zee Avi baru-baru ini, Zee Avi di’sahkan akan kembali ke Malaysia (via @sultanmuzaffar)

Kembalinya Zee Avi bukan untuk membuat konsert kedua tetapi Zee Avi di’khabarkan akan membuat kemunculan istimewa di’atas pentas Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 17.

AIM 17 yang akan disiarkan secara langsung pada 2 Mei ini menerusi saluran NTV7 menerima pencalonan terbanyak dari penggiat muzik dalam sejarah — 925 pencalonan.

Ini sesuatu yang baik untuk industri muzik Malaysia yang nampaknya banyak di’gerakkan oleh mereka yang bermula secara underground.

Apa yang kami mahu lihat di’atas pentas AIM17 nanti adalah kolaborasi antara Yuna & Zee Avi membawakan salah satu lagu popular mereka berdua atau lebih baik, medley lagu popular mereka.

Post a Comment

0 Comments